ASBA
~~~ Arts Style & Beauty Association ~~~
Arts Style & Beauty Association atau ringkasnya ASBA ditubuhkan oleh sekumpulan jurusolek terkenal Malaysia yang bermotifkan kebajikan demi meningkatkan taraf profesionalisma kepada semua ahli.
Di samping itu, penubuhan persatuan ini juga bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan, pendidikan dan perniagaan kepada semua ahli.
ASBA telah mengadakan Majlis Pengenalan (Soft Launch) di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2010.Persatuaan ini juga turut memberi ruang kepada pendandan rambut, jurufoto, pragawan dan pragawati dan insan-insan seni dalam bidang berkaitan menyertainya.
Dengan objektif, misi dan visi yang digariskan, diharap ASBA akan sentiasa disokong oleh semua pihak bagi tujuan meningkatkan martabat jurusolek dan insan-insan seni dalam bidang berkaitan di mata Malaysia mahupun dunia.
Objektif
- Mempertingkatkan daya kreatif dan taraf profasionalisma dalam bidang kecantikan dan seni berkaitan.
- Melahirkan lebih ramai modal insan kearah keusahawanan.
- Menjaga kebajikan ahli.
Visi
- Menjana kemajuan dalam bidang kecantikan dan seni kreatif Malaysia ke mata dunia.
- Melahirkan golongan seni yang berilmu, daya kreatif dan berkemahiran tinggi serta berdaya saing.
- Melahirkan usahawan dalam bidang kecantikan dan kesenian untuk perkhidmatan dan produk.
Misi
- Menyediakan tempat yang berinfrastruktur lengkap dengan alatan seni yang moden untuk mewujudkan ruang pendidikan bertaraf antarabangsa.
- Mengadakan kelas-kelas, seminar dan bengkel melalui latihan teori dan praktikal kepada ahli untuk memperluaskan daya kreativiti.
- Memberi peluang kepada ahli yang berpotensi dan berwawasan untuk bekarya dan mempamirkan hasil karya mereka.